AMBER GWENSIERRA ANAK JASTINE BUJANG SJKC CHUNG HUA UNDOP
Inovasi "EKSPLORASI i-MaKAWA" ialah sebuah platform pembelajaran digital pintar berasaskan perisian JotForm interaktif yang direka khusus untuk memantapkan penguasaan kata adjektif warna bagi murid Tahun 1 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Mengintegrasikan pendekatan deduktif, model trialogikal, elemen gamifikasi Wordwall dan visualisasi berasaskan kecerdasan buatan (AI) aras rendah. i-MaKAWA berjaya menangani kekeliruan tatabahasa abstrak serta kekangan Bahan Bantu Mengajar (BBM) tradisional. Kajian intervensi klinikal selama 12 minggu membuktikan impak akademik yang optimum, di mana prestasi murid melonjak daripada 20%-30% (ujian pra) kepada 100% lulus cemerlang (ujian pasca). Disokong dengan nilai min kepuasan guru dan murid yang sangat tinggi (3.94/4.00) serta perlindungan harta intelek MyIPO (AR2026Q03627), inovasi modular ini mempunyai potensi komersialisasi yang luas merentasi kurikulum kebangsaan. Inovasi digital ini telah dilaksanakan di lebih daripada 8 buah sekolah di Malaysia, sekali gus menambah baik dan menarik minat murid dalam PdP.