NUR DHIA AIRINA BINTI ROSLAN SK SAUJANA
Abstrak
BioTech BALM JUNIOR: “Inovasi Muda, Bibir Terjaga” merupakan projek inovasi berasaskan STEM yang dibangunkan oleh murid sekolah rendah bagi menghasilkan produk penjagaan bibir semula jadi menggunakan ekstrak beetroot dan bunga mawar. Beetroot dipilih sebagai sumber pewarna semula jadi yang kaya dengan antioksidan, manakala bunga mawar menyumbang kepada kelembapan, aroma semula jadi dan sifat menenangkan kulit bibir. Gabungan kedua-dua bahan ini menghasilkan lip balm berwarna merah jambu semula jadi yang selamat, menarik dan mesra kanak-kanak. Projek ini mengintegrasikan elemen Sains melalui kajian sifat bahan semula jadi, Teknologi dalam proses penyediaan dan pembungkusan produk, Kejuruteraan dalam mereka bentuk bekas dan formulasi yang stabil, serta Matematik dalam pengiraan sukatan bahan dan kos pengeluaran. Selain menitikberatkan aspek keselamatan dan keberkesanan produk, projek ini juga memberi pendedahan awal kepada murid tentang proses inovasi, penyelidikan, ujian kualiti dan penambahbaikan produk. BioTech BALM JUNIOR bukan sahaja bertujuan menjaga kesihatan bibir secara semula jadi, malah membuka peluang kepada murid untuk memasarkan produk mereka bagi menambah duit poket. Melalui aktiviti jualan dan promosi, murid dapat mengasah bakat keusahawanan, membina keyakinan diri, serta memupuk semangat kreativiti dan kepimpinan. Secara keseluruhannya, projek ini membuktikan bahawa inovasi muda mampu memberi impak positif kepada kesihatan, pembelajaran STEM dan pembangunan jiwa usahawan sejak di bangku sekolah rendah.
KATA KUNCI
Pendidkan STEM
Lip Balm Semulajadi
Ekstrak Beetroot
Kelopah bunga Mawar
Inovasi Sekolah Rendah
Produk mesra kanak-kanak
Pendidikan Keushawanan
Pembelajaran Berasaskan Projek