TR321: Calcmate

Lim Sze Teng Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

INEX26 | Tertiary Innovator

CR: 0.0435 | 1 Likes | 23 Views | 42 times | LS: 43.0
Like it? | Support them now!

Projek ini memperkenalkan “Calcmate”, iaitu sebuah kotak fleksibel lutsinar yang direka untuk menyimpan kalkulator dan alat tulis dalam satu bekas. Produk ini dihasilkan bagi membantu pelajar dan pengguna menyimpan serta membawa peralatan pembelajaran dengan lebih teratur, mudah dan selamat.“Calcmate” mempunyai beberapa ciri utama seperti ruang khas untuk kalkulator, ruang penyimpanan alat tulis, penutup lutsinar dan pemegang yang memudahkan pengguna membawanya. Reka bentuk produk yang ringkas dan praktikal dapat menjimatkan ruang serta mengurangkan risiko barang tercicir atau tertinggal.Sasaran pengguna produk ini ialah pelajar, guru, pensyarah, pekerja seperti kerani dan akauntan serta individu yang memerlukan bekas penyimpanan yang sistematik. Produk ini juga berpotensi dipasarkan melalui platform dalam talian seperti Shopee dan TikTok Shop serta kedai buku.Kos pengeluaran dianggarkan sebanyak RM4.00 seunit manakala harga jualan ialah RM8.00 seunit. Oleh itu, keuntungan sebanyak RM4.00 boleh diperoleh bagi setiap unit yang dijual.Secara keseluruhannya, “Calcmate” merupakan produk yang praktikal, mudah digunakan dan berpotensi memenuhi keperluan pengguna dalam menyimpan peralatan pembelajaran secara kemas dan teratur.