NUR AISYAH SHAZIA BINTI SHANSUDDIN SK (FELDA) CHALOK BARAT
CB BEST HADIS 40 APPS dibina oleh murid - murid SK (Felda) Chalok Barat bagi memudahkan murid mengakses dan mempelajari Hadis 40 Imam Nawawi secara digital. Keperluan tercetusnya projek inovasi ini adalah untuk menyediakan bahan pembelajaran yang mudah dicapai, interaktif dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi pendidikan masa kini. Pembangunan aplikasi ini menggunakan MIT App Inventor sebagai platform pembinaan aplikasi mudah alih, manakala Google Sites digunakan sebagai platform penyediaan dan pengumpulan bahan rujukan digital. Gabungan kedua-dua platform ini membolehkan murid mengakses kandungan Hadis 40 dengan lebih mudah, sistematik dan fleksibel melalui peranti digital yang bersesuaian. Inisiatif ini turut menyokong pembelajaran kendiri dan dapat memberi peluang kepada murid untuk mengulang kaji kandungan hadis mengikut kesesuaian masa dan tempat. Diharapkan dapat menarik minat murid terhadap pembelajaran hadis, meningkatkan aksesibiliti bahan pembelajaran agama dan membantu mereka memahami dan menghayati nilai-nilai murni yang terkandung dalam Hadis 40. Selain itu, projek ini menggalakkan penggunaan teknologi secara bermakna dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta menyokong usaha pendigitalan pendidikan. CB BEST HADIS 40 APPS merupakan satu inovasi pendidikan digital yang berpotensi memperkasa pembelajaran Pendidikan Islam secara lebih menarik, mudah dan berkesan, selaras dengan aspirasi SK (Felda) Chalok Barat untuk melahirkan murid yang berilmu, berakhlak mulia dan celik teknologi.