PS652: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT SURAH HAFAZAN (SURAH AL-QADR) DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH HAFAZMODHA BAGI MURID TAHUN 5 GEMILANG

AHMED DARWISY BIN SYAHIR FAHMI SK KAMPUNG TUN RAZAK

INEX26 | Primary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 20 Views | 8 times | LS: 8.0
Like it? | Support them now!

Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan PdP kami di bawah tajuk ayat hafazan Al-Quran bagi meningkatkan kemahiran hafazan Surah Al-Qadr melalui inovasi HafazModHa. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah gabungan pemerhatian, rakaman video dan soal selidik yang melibatkan kumpulan sasaran seramai 5 orang murid intervensi dari tahun 5 di SK Kampung Tun Razak pada tahun 2026. Tinjauan awal mendapati segelintir murid menghadapi kesukaran untuk mengingat surah pilihan iaitu Surah Al-Qadr dan didapati cepat lupa, kurang lancar serta tidak konsisten dalam hafazan walau pun telah diberikan latihan berulang. Data yang dikumpulkan dianalisis secara deskriptif berbentuk naratif. Dapatan kajian mendapati aktiviti yang telah dirancang dalam kajian ini telah dapat membantu meningkatkan kemahiran mengingat surah Al-Qadr serta telah mendapati 5/5 murid menguasai kemahiran hafazan surah Al-Qadr. Kajian ini juga dapat membantu kami memahami proses pelaksanaan kajian tindakan secara keseluruhannya.