SS16: VENTINOVA

NAUFAL AHQIM BIN BADRUL HISYAM KOLEJ VOKASIONAL TAIPING

INEX26 | Secondary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 3 Views | 11 times | LS: 11.0
Like it? | Support them now!

VENTINOVA

BLOK PENGUDARAAN (VENTILATION BLOK) MESRA ALAM DARIPADA ENAPCEMAR LOJI RAWATAN AIR DAN SISA BATA BENGKEL

Ts. Nor’Ain Fareha Binti Junit1,

Naufal Haqim Bin Badrul Hisyam2, Muhammad Haziq Hakim Bin Hamdan3

 

Kolej Vokasional Taiping

norainfareha@yahoo.com

 

 

Abstrak

 

Ventinova ialah inovasi bahan binaan lestari berasaskan teknologi hijau dan ekonomi kitaran yang dibangunkan sebagai blok pemisah alternatif bagi aplikasi struktur dan landskap. Inovasi ini memanfaatkan dua jenis sisa industri iaitu enapcemar daripada Loji Rawatan Air Bersih dan sisa bata daripada bengkel institusi pendidikan sebagai bahan utama. Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan bahan binaan alternatif yang mampan, mengurangkan sisa industri, serta mengurangkan kebergantungan terhadap bahan binaan konvensional berasaskan simen yang menyumbang kepada pelepasan karbon. Penyataan masalah kajian ini merangkumi peningkatan sisa pepejal industri yang tidak diurus secara optimum, khususnya enapcemar loji rawatan air dan sisa bata bengkel, yang memberi impak negatif terhadap alam sekitar serta meningkatkan beban pelupusan sisa negara. Metodologi pembangunan Ventinova melibatkan proses rawatan awal bahan sisa, penghancuran sisa bata, formulasi campuran bahan berdasarkan nisbah tertentu, proses pengacuan, serta pengeringan dan pengawetan terkawal. Ujian fizikal dijalankan bagi menilai kekuatan mampatan, ketahanan, dan kebolehgunaan produk sebagai blok pemisah. Hasil kajian menunjukkan Ventinova berjaya menghasilkan bahan binaan yang ringan, kuat, tahan lama serta mesra alam. Inovasi ini berpotensi mengurangkan sisa industri secara signifikan, menyokong amalan ekonomi kitaran, serta mengurangkan jejak karbon dalam sektor pembinaan. Dari aspek komersial, Ventinova mempunyai potensi tinggi untuk dikomersialkan kerana kos pengeluaran yang rendah, ketersediaan bahan mentah, serta permintaan yang meningkat terhadap bahan binaan hijau di pasaran global. Inovasi ini menyokong Sustainable Development Goals (SDG) 11, SDG 12 dan SDG 13, selaras dengan aspirasi pembangunan bandar mampan, pengeluaran bertanggungjawab, dan tindakan perubahan iklim. Secara keseluruhan, Ventinova membuktikan bahawa sisa industri boleh ditransformasikan kepada produk bernilai tinggi melalui pendekatan saintifik dan inovasi lestari, dengan potensi untuk dipatenkan sebagai bahan binaan alternatif generasi baharu.

 

Kata kunci: Pembinaan hijau dan mampan, Sisa industri, Sisa bata