PS559: Umrah Simulation Learning Board

Murshid Shateer Bin Anas Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) Al-Hikmah

INEX26 | Primary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 7 Views | 8 times | LS: 8.0
Like it? | Support them now!

Projek Board Pembelajaran Simulasi Umrah merupakan satu inovasi bahan bantu mengajar yang dibangunkan untuk membantu murid sekolah rendah memahami pelaksanaan ibadah umrah dengan lebih mudah, menarik dan berkesan. Projek ini dihasilkan bagi mengatasi kesukaran murid memahami urutan ibadah umrah sekiranya pembelajaran hanya dilakukan melalui pembacaan buku teks dan penerangan guru. Objektif projek ini adalah untuk meningkatkan kefahaman murid tentang rukun umrah, membantu murid mengingati urutan pelaksanaannya serta menjadikan pembelajaran Pendidikan Islam lebih menyeronokkan.

Inovasi ini menggunakan papan simulasi tiga dimensi (3D) yang dilengkapi dengan miniatur Kaabah, laluan tawaf dan saie serta patung kecil yang boleh digerakkan secara manual. Murid dapat melakukan simulasi perjalanan ibadah umrah bermula daripada niat ihram, tawaf, saie, bercukur atau bergunting sehingga tertib. Keistimewaan inovasi ini ialah penggunaan bahan berkos rendah, mudah dihasilkan, mudah dibawa dan boleh digunakan secara berulang kali.

Projek ini dijangka dapat membantu murid memahami ibadah umrah melalui pengalaman pembelajaran secara visual dan praktikal. Selain itu, inovasi ini berpotensi meningkatkan minat, daya ingatan dan penglibatan aktif murid dalam pembelajaran. Kesimpulannya, Board Pembelajaran Simulasi Umrah merupakan satu inovasi pendidikan yang praktikal, kreatif dan berpotensi digunakan sebagai bahan bantu mengajar Pendidikan Islam di sekolah rendah.