MUHAMMAD HAZIQ NAUFAL BIN MOHAMAD YURMIZI MRSM TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI
TERRA SUKUN adalah baja kompos dengan menggunakan teknik bokashi ke atas buah sukun yang jatuh terbiar di sekitar Pulau Aman di negeri Pulau Pinang. Kaedah dimulai dengan pelajar mengutip buah-buah sukun yang jatuh ke tanah, potong halus dan dimasukkan ke dalam tong bokashi dan ditambahkan serbuk EM, dibiarkan selama 4 minggu. Hasil fermentasi oleh mikroorganisma ini menghasilkan larutan baja yang dapat dikumpulkan sebanyak 250ml dengan pH 4. Larutan baja ini dilarutkan ke dalam air dengan nisbah 1:1000 sebelum disiram ke tanah didapati dapat menyuburkan tanaman. Hasil baja kompos pepejal yang diperolehi pula di campurkan dengan tanah dengan nisbah 1 baja : 2 tanah sebelum digunakan. Kedua-dua baja larutan dan pepejal yang diperolehi ini mengandungi bakteria Lactobacillus casei, Lactobacillus plantarum, Lactobacillus fermentum, Lactobacillus delbrueckii, dan Bacillus subtilis yang boleh menyuburkan tanaman di samping dapat mengitar semula buah sukun yang terbiar.