PR236: AABAMA-Electronic Basic Quranic Phonic For Autistic

YUSLINA MOHAMED Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM

INEX26 | Professional Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 10 Views | 10 times | LS: 10.0
Like it? | Support them now!

AaBaMa ialah produk elektronik fonik asas pembelajaran sebutan al-Quran untuk autistik yang dibangunkan khusus bagi kanak-kanak neurodivergen  seperti autistik , slow learner, disleksia, autisme dan sindrom Down. Produk AABAMA ini dibangun berasaskan analisis kontra (Contrastive analysis) fonik bunyi  27 huruf hijaeiyyah yang di susun dari fonik huruf mudah kepada fonik huruf susah yang dibahagikan kepada 4 level pembelajaran huruf alQuran. AABAMA menggunakan pendekatan dan strategi multisensori, iaitu Lihat-Sentuh-Pegang-Sebut/ Padankan (LSPS) sebagai medium asas pembelajaran bagi anak-anak dengan ketidakupayaan pembelajaran, terutamanya yang autistik. Susun atur kandungan AABAMA ini mesra fonik dan haraka (baris) Fatha, kasra, Domma, Sukun, Syadda dan Mad dapat memudahkan kanak-kanak neurodivergen mempelajari dan memahami fonik asas al-Quran. Aabama adalah produk yang interaktif bercirikan mesra pengguna , warna-warni, interaktif, yang memasukkan elemen audio fonik sebutan dan bacaan dan elemen gamifikasi yang menarik melalui kuiz.

 Keywords: Autistik, Fonik alQuran, pendidikan khas, neurodivergen, Aabama.