MUHAMAD ZIYAD AIDIN BIN BAHARIN SEKOLAH RENDAH ISLAM AL EHYA ASSHARIFF
Inovasi ini bertujuan menjadikan pembelajaran Sejarah lebih menyeronokkan dan interaktif untuk murid sekolah rendah khususnya untuk murid Tahun 5. Permainan ini menggabungkan cabaran perlumbaan dengan kuiz Sejarah berkaitan tokoh pejuang tempatan yang menentang penjajah. Pemain boleh memilih pelbagai kenderaan, menyelesaikan lima peringkat permainan dan menjawab soalan sambil bermain. Sistem tiga nyawa turut diperkenalkan bagi meningkatkan cabaran permainan. Melalui pendekatan gamifikasi, Litar Pahlawan berpotensi meningkatkan pengetahuan Sejarah, kemahiran berfikir secara kritis dan penyelesaian masalah dalam kalangan murid melalui pengalaman pembelajaran digital yang menarik dan bermakna.