NOR AZLINAWATI BINTI YAACOB SMKA SULTAN AZLAN SHAH
Abstrak
Kemahiran menyelesaikan masalah perhitungan stoikiometri adalah salah satu kemahiran dalam mata pelajaran Kimia Tingkatan 4 dalam tajuk ‘BAB 3:Konsep Mol, Formula dan Persamaan Kimia’.Standard Pembelajaran 3.4.3 menunjukkan di akhir pembelajaran murid boleh menyelesaikan masalah numerikal stoikiometri. Kajian Boon (2022) menegaskan bahawa stoikiometri merupakan antara konsep kimia yang sukar diajar dan pembelajaran sering terlalu menekankan algoritma pengiraan berbanding pemahaman konseptual. Masalah dikenal pasti melalui data tafsiran di bilik darjah dan melalui perbualan dengan mereka, yang menunjukkan bahawa ada dalam kalangan mereka yang tidak dapat menyelesaikan masalah numerikal stoikiometri dengan betul. Ujian awal dijalankan maka 10 murid telah dikenalpasti. Oleh itu kajian ini dijalankan bertujuan meningkatkan keupayaan murid menyelesaikan masalah perhitungan stoikiometri dalam kalangan pelajar tingkatan 4, menggunakan ‘Kit Formula kimia Yalin’ yang terdiri daripada papan permainan maujud dan digital di samping mengkaji minat murid terhadap pembelajaran berasaskan permainan. Menurut kajian Elmali, Freund dan Tiemann (2026) mendapati pendekatan game-based learning menunjukkan kesan positif khususnya terhadap motivasi, penglibatan dan hasil pembelajaran, termasuk dalam kalangan pelajar yang mempunyai pengetahuan awal atau pencapaian yang lebih rendah Keputusan ujian akhir menunjukkan peningkatan markah murid. Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk kajian tindakan berdasarkan model kajian tindakan Kurt Lewin 1946.
Kata kunci: Konsep Mol, perhitungan stoikiometri, Kimia, tingkatan 4, pembelajaran berasaskan permainan maujud dan digital
r Abstract Here!