Inovasi ‘Kad Sifir Tahan Lasak’ dibangunkan untuk membantu murid Tahun 4 Cemerlang SK Agama Miri menguasai sifir, sekali gus mengatasi masalah Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang mudah rosak dan mahal. Kad bersaiz poket ini dihasilkan daripada bahan kitar semula, menjadikannya tahan lasak, kalis air, mudah dibawa, serta sifar kos. Kaedah pembelajaran kinestetik dan latih tubi aktif ini terbukti berkesan apabila ujian menunjukkan peningkatan pencapaian murid melebihi 90%. Selain dikongsi bersama 26 murid lain, inovasi mesra pengguna ini berjaya meningkatkan keputusan Matematik asas di samping memupuk amalan kelestarian alam sekitar.