AHMAD RAFIF BIN ABDULLAH SMK TAMAN DESA JAYA
Recy Audio Tank System (RATS)
Recy Audio Tank System (RATS) merupakan inovasi sistem audio mudah alih yang dibangunkan dengan mengitar semula tangki bahan pendingin R32 yang telah dikosongkan oleh pelatih PVMA Penyejukbekuan dan Penyaman Udara. Inovasi ini menggabungkan pembesar suara 160W, penguat kuasa 200W, sistem karaoke, radio FM dan sambungan Bluetooth dalam satu reka bentuk yang kompak, kukuh serta tanpa wayar. RATS menggunakan bateri 20V daripada cordless drill sebagai sumber kuasa, menjadikannya mudah dibawa dan sesuai digunakan di pelbagai lokasi tanpa bekalan elektrik. Penggunaan semula tangki R32 bukan sahaja mengurangkan sisa logam, malah meningkatkan nilai bahan terbuang kepada produk berfungsi tinggi yang mesra alam. Reka bentuknya yang unik, kreatif dan beridentitikan industri HVAC memberikan impak visual yang tinggi serta menarik perhatian pengguna. RATS membuktikan bahawa amalan kitar semula mampu menghasilkan inovasi bernilai komersial yang menyokong kelestarian alam sekitar, pendidikan TVET dan pembangunan teknologi hijau.’