PS256: MATHCRAFT

MUHAMMAD DARWISH BIN AHMAD KAMAL SK SUBANG

INEX26 | Primary School

CR: 0.0286 | 1 Likes | 35 Views | 38 times | LS: 39.0
Like it? | Support them now!

Mathcraft merupakan inovasi permainan pembelajaran digital interaktif berkonsepkan dunia Minecraft yang dibangunkan untuk membantu murid menguasai kemahiran Matematik secara menarik, menyeronokkan dan berpusatkan murid. Inovasi ini mengaplikasikan pembelajaran berasaskan permainan dan gamifikasi melalui soalan, pilihan jawapan serta cabaran Matematik dalam persekitaran visual yang dekat dengan minat murid. Elemen interaktif dan maklum balas membantu murid belajar daripada kesilapan, meningkatkan fokus, motivasi, keyakinan dan penglibatan aktif. Mathcraft turut menyokong SDG 4: Pendidikan Berkualiti dengan menyediakan pengalaman pembelajaran yang inklusif, fleksibel dan berkesan. Inovasi ini sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran, pengukuhan dan pentaksiran Matematik yang kreatif serta bermakna untuk semua murid masa kini.