SS752: AGRONIC BLOCK

MUHAMMAD HANEEF BIN MOHD FAZLIZAR KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) CHENOR

Agronic Block merupakan inovasi hijau berasaskan bioteknologi yang mengintegrasikan penggunaan bebola lumpur mikrob (mudball) dengan blok agro lestari untuk dua tujuan utama iaitu pemulihan sumber air dan sokongan kepada pertanian mampan. Mudball yang dihasilkan mengandungi campuran tanah liat, serbuk arang, molases dan larutan mikroorganisma efektif (EM) yang berfungsi untuk mengurangkan bahan pencemar seperti ammonia nitrogen (AN), permintaan oksigen biokimia (BOD), dan permintaan oksigen kimia (COD) dalam air tercemar. Dalam masa yang sama, Agronic Block dibentuk sebagai medium pertumbuhan tanaman yang dapat menyimpan air dan memelihara koloni EM untuk kegunaan jangka panjang. Kajian awal menunjukkan penggunaan tiga mudball dalam satu sistem rawatan air memberikan penurunan pencemaran yang ketara dalam tempoh 28 hari. Selain fungsi rawatan air, bebola lumpur dwiguna ini juga dapat digunakan sebagai komponen pembaikpulih tanah dan sebagai baja semula jadi. Hasilnya, Agronic Block berpotensi sebagai penyelesaian mesra alam untuk pengurusan air dan pertanian yang lestari.