PR584: IDEAQUEST V1.0

NOORHAFIZAH BINTI RUBAAI KOLEJ KOMUNITI BATU PAHAT

INEX26 | Professional Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 42 Views | 45 times | LS: 45.0
Like it? | Support them now!

IDEAQUEST merupakan inovasi pembelajaran berasaskan permainan papan yang dibangunkan bagi kursus MPU12042 Keusahawanan, khususnya Topik Penjanaan Idea Perniagaan di Kolej Komuniti Batu Pahat. Inovasi ini berasaskan pemerhatian pensyarah bahawa pelajar kurang memahami hubungan antara masalah dengan keperluan pelanggan ketika menjana idea perniagaan. IDEAQUEST mengintegrasikan tiga mekanisme utama, iaitu Dual-Path Idea Discovery, Problem–Customer Matching dan Idea Validation Score. Pemain boleh memulakan aktiviti menggunakan Kad Masalah, Kad Pelanggan atau gabungan kedua-duanya. Melalui enam petak tugasan, iaitu Discover, Match, Explore, Create, Evaluate dan Pitch, pelajar dibimbing mengenal pasti situasi, memadankan masalah dengan pelanggan, meneroka peluang, menjana tiga idea, membuat penilaian serta membentangkan idea terpilih.