PS762: CB BEST LINGO TRANSLATOR

NOR IRFAN HAFIZI BIN NOR FAIZ SK (FELDA) CHALOK BARAT

INEX26 | Primary School

CR: 0.0625 | 1 Likes | 16 Views | 6 times | LS: 7.1
Like it? | Support them now!

CB BEST LINGO TRANSLATOR dibangunkan oleh murid - murid SK (Felda) Chalok Barat sebagai inisiatif untuk membantu murid memahami bahan bacaan dalam pelbagai bahasa inggeris melalui penggunaan teknologi digital. Idea pelaksanaanya projek ini adalah bagi mengatasi kesukaran murid memahami perkataan, frasa dan ayat dalam bahasa yang berbeza, khususnya ketika membaca bahan yang mengandungi kosa kata baharu. Projek ini dilaksanakan bertujuan memudahkan murid mendapatkan makna perkataan dan memahami kandungan bacaan dengan lebih cepat, mudah dan berkesan. Projek ini menggunakan MIT App Inventor sebagai platform pembangunan aplikasi mudah alih, manakala Google Translate digunakan sebagai alat penterjemahan bahasa. Projek ini dapat memperkaya perbendaharaan kata, membantu murid memahami bahan bacaan dan meningkatkan keyakinan mereka untuk meneroka sumber pembelajaran dalam pelbagai bahasa. Pelaksanaan CB BEST LINGO TRANSLATOR diharapkan dapat menggalakkan pembelajaran kendiri, meningkatkan aksesibiliti bahan bacaan dan memupuk minat murid terhadap aktiviti membaca. Selain itu, inovasi ini menyokong pengintegrasian teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran serta membantu membina kemahiran literasi digital dalam kalangan murid. CB BEST LINGO TRANSLATOR merupakan satu inovasi pendidikan digital yang berpotensi menjadikan aktiviti membaca lebih mudah, inklusif dan bermakna. Projek ini diharapkan dapat membantu SK (Felda) Chalok Barat melahirkan murid yang lebih yakin, berpengetahuan dan bersedia menghadapi cabaran pembelajaran dalam era digital.