SS185: AQUASENSE IOT

FATIN NUR QISTINA BINTI MOHD FAZIL SMK TAMAN WIDURI

INEX26 | Secondary School

CR: 0.1579 | 12 Likes | 76 Views | 89 times | LS: 102.9
Like it? | Support them now!

AquaSense IoT ialah inovasi sistem pemantauan paras air hujan pintar yang dibangunkan bagi membantu pengguna mengetahui kapasiti simpanan air dalam tangki secara masa nyata. Projek ini tercetus daripada kesukaran pengguna memantau baki air secara manual sehingga menjejaskan pengurusan sumber air. Sistem mengintegrasikan sensor ultrasonik HC-SR04, ESP8266 dan Blynk untuk mengukur paras air, menukarkan bacaan kepada peratusan kapasiti serta menghantar data dan notifikasi melalui Wi-Fi. Persoalan kajian ialah sama ada teknologi Internet Benda (IoT) dapat meningkatkan kecekapan pemantauan dan pengurusan air. Hipotesis kajian menjangkakan sistem memberikan bacaan lebih cepat, tepat dan mudah diakses berbanding kaedah manual. Kaedah kajian melibatkan pembangunan prototaip, pengujian dan analisis fungsi. Hasil pengujian menunjukkan sistem berjaya memantau perubahan paras air secara masa nyata dan memberikan notifikasi pada tahap minimum atau maksimum. Kesimpulannya, AquaSense IoT meningkatkan kecekapan pengurusan air serta menyokong penggunaan sumber air secara lestari.

Kata kunci: AquaSense IoT, Internet Benda (IoT), pemantauan paras air, air hujan, pengurusan air lestari.