AUNI QAISARA BINTI SUTRISWAN SEKOLAH KEBANGSAAN SENTOSA TAWAU
Cincin Penjarian Rekoder ialah inovasi bahan bantu mengajar yang dihasilkan untuk meningkatkan penguasaan murid Tahap 2 dalam mengenal pasti kedudukan penjarian not pada alat muzik rekoder. Inovasi ini tercipta daripada sekeping kertas yang dibentuk menjadi cincin dan dihiasi dengan warna serta pelekat menarik. Penggunaan cincin pada jari membantu murid mengingat urutan penjarian not dengan lebih mudah, tepat dan berkesan. Reka bentuknya yang ringkas, mudah dihasilkan dan menjimatkan kos menjadikannya sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik. Inovasi ini diharapkan dapat meningkatkan minat, keyakinan dan kemahiran murid bermain rekoder.