NUR AZIZAH BINTI JOSEPH KUMA SK SENTOSA TAWAU
Board Hijrah ke Madinah ialah inovasi bahan bantu pembelajaran berbentuk papan permainan interaktif yang membantu murid memahami peristiwa Hijrah Rasulullah SAW secara menyeronokkan dan berkesan. Inovasi ini menggabungkan elemen visual, penceritaan ringkas, kad soal jawab dan teknologi kod QR. Melalui pendekatan pembelajaran berasaskan permainan, murid dapat mengukuhkan pemahaman sejarah, meningkatkan pemikiran kritis serta mengembangkan kemahiran komunikasi, kolaborasi dan penyelesaian masalah. Inovasi ini turut menerapkan nilai murni seperti keimanan, pengorbanan dan persaudaraan. Pendekatan interaktif dan berpusatkan murid ini menjadikan pembelajaran sirah lebih menarik, bermakna dan selaras dengan keperluan pembelajaran abad ke-21.