ARCHANA A/P PAHRI SJKT METHODIST KAPAR
Kit Roda PUTABA (Putar dan Baca) merupakan satu inovasi pembelajaran interaktif yang dibangunkan untuk membantu murid Tahun 1 menguasai kemahiran membaca perkataan KVKVK secara sistematik, menyeronokkan dan berkesan. Kit ini mengintegrasikan tiga aspek utama, iaitu membaca, memadan dan menulis, serta mengaplikasikan teknologi Kod QR dan kuiz digital dalam proses pembelajaran.
Langkah 1: Murid menggunakan konsep “Putar dan Baca” dengan memutar roda dan membaca perkataan KVKVK yang diperoleh.
Langkah 2: Murid memadankan perkataan KVKVK dengan gambar yang betul.
Langkah 3: Murid memadankan gambar dengan perkataan KVKVK yang betul.
Langkah 4: Murid mengimbas Kod QR untuk menjawab kuiz digital berdasarkan perkataan KVKVK yang telah dibaca.
Langkah 5: Murid mengimbas kembali perkataan KVKVK yang telah dipelajari dan menulis perkataan tersebut tanpa bimbingan guru.
Langkah 6: Sebagai pengukuhan dan motivasi, murid mengimbas Kod QR ganjaran dan diberi peluang untuk memilih hadiah sendiri.
Keistimewaan Kit Roda PUTABA terletak pada penggabungan membaca, memadan dan menulis dengan teknologi Kod QR serta kuiz digital dalam satu pengalaman pembelajaran yang interaktif. Inovasi ini diharapkan dapat meningkatkan penguasaan murid dalam membaca dan menulis perkataan KVKVK, di samping meningkatkan keyakinan, motivasi dan penglibatan aktif murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu.