MUHAMMAD FAQIF WAZRAFIQ BIN FAIROS KOLEJ VOKASIONAL PERTANIAN CHENOR
Projek Portable Grinder Holder merupakan satu inovasi yang dibangunkan untuk memudahkan kerja pemotongan dan pencanai bahan menggunakan mesin grinder dengan lebih stabil dan teratur. Projek ini bertujuan menyediakan pemegang mudah alih yang dapat menyokong mesin grinder semasa digunakan bagi membantu meningkatkan kestabilan kerja serta ketepatan pemotongan. Pembangunan projek melibatkan proses reka bentuk, pemilihan bahan, fabrikasi, pemasangan dan pengujian bagi menilai fungsi serta keberkesanan alat. Inovasi ini juga dapat membantu memudahkan kerja di bengkel, menjimatkan masa dan meningkatkan kecekapan pengguna dalam menjalankan kerja pemotongan bahan. Selain itu, aspek keselamatan diberi perhatian melalui reka bentuk pemegang yang kukuh dan pemasangan mesin yang sesuai. Secara keseluruhannya, Portable Grinder Holder berpotensi menjadi alat bantuan bengkel yang praktikal, mudah alih dan ekonomik untuk menyokong kerja mekanisasi pertanian.