TR373: Modul E-Smart K-Fiqh

WAN NORINA BINTI WAN HAMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

INEX26 | Tertiary Innovator

CR: 0.0833 | 1 Likes | 12 Views | 9 times | LS: 10.1
Like it? | Support them now!

ABSTRAK

Kaedah Fiqh penting dalam membimbing pelajar menghubungkan prinsip Syariah dengan isu sains, teknologi, kejuruteraan dan amalan profesional. Namun, konsepnya yang abstrak dan pengajaran yang menekankan teori serta hafalan menyebabkan pelajar sukar mengaplikasikannya dalam situasi autentik. Kajian ini bertujuan mengenal pasti keperluan pembelajaran dan membangunkan e-Smart K-Fiqh, iaitu modul pembelajaran digital Kaedah Fiqh berasaskan inkuiri untuk pelajar TVET. Modul ini berlandaskan Teori Konstruktivisme, Teori Kognitivisme, Pembelajaran Berasaskan Inkuiri, Model Inkuiri 5E dan prinsip pendidikan Ibn Khaldun. Kajian menggunakan pendekatan Design and Development Research (DDR) yang terdiri daripada tiga fasa: analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan, serta penilaian. Fasa 1 melibatkan 255 pelajar kursus Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam dari lima politeknik di zon utara, yang dipilih melalui persampelan bertujuan. Fasa 2 menggunakan Fuzzy Delphi Method (FDM) dengan 15 orang pakar dari institusi pengajian tinggi. Dapatan Fasa 1 menunjukkan 81.2% (n=207) pelajar sangat bersetuju bahawa mereka sukar mengaplikasikan Kaedah Fiqh dalam situasi autentik TVET, dan 83.5% (n=213) bersetuju bahawa modul berasaskan penerokaan diperlukan. Dapatan FDM menunjukkan semua item mencapai konsensus pakar (d ≤ 0.2; kesepakatan 94.5%). Berdasarkan dapatan ini, e-Smart K-Fiqh dibangunkan sebagai aplikasi web responsif yang menggabungkan situasi autentik TVET, aliran Inkuiri 5E, AI Chatbot Syariah, gamifikasi, analitik pembelajaran, kuiz dan video interaktif serta QR Learning. Fasa 3 akan dilaksanakan melalui kajian rintis dan kuasi eksperimen. Inovasi ini berpotensi mengubah pembelajaran Kaedah Fiqh daripada hafalan kepada penerokaan, penaakulan dan aplikasi. Hasilnya dijangka dapat memperkukuh pemikiran kritis dan keupayaan membuat keputusan profesional berasaskan Syariah dalam kalangan graduan TVET.

Kata kunci: Kaedah Fiqh, TVET, Pembelajaran Berasaskan Inkuiri, Model Inkuiri 5E, Ibn Khaldun